loading...

Yakult Dapat Cegah Kanser Payu Dara


Yakult Dapat Cegah Kanser Payu Dara | Kanser payu dara merupakan pembunuh nombor dua di dunia . Kanser payu dara amat digeruni oleh kaum wanita kerana ianya pembunuh dalam senyap . Kebanyakan kes , kanser payu dara hanya dikesan bila kanser tersebut berada pada tahap 3 dan 4 . Oleh sebab itu , kaum wanita digalakkan memeriksa sendiri payu dara mereka selepas seminggu tamat tempoh period untuk memastikan tiada ketulan pada payu dara mereka . Kini , bukan sekadar wanita , lelaki juga boleh dijangkiti kanser payu dara .


Yakult Dapat Cegah Kanser Payu Dara

Tanda-tanda 


Kanser payudara dikatakan berlaku apabila terdapat bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

Cara Kesan Benjolan


Ada dua kaedah yang berkesan untuk mengesan ketulan kanser payudara iaitu berdiri depan cermin , angkat tangan , kemudian raba pada buah dada . Tapi cara yang terbaik adalah baring. Sebab bila kita baring semua lemak dah mampat dalam badan .

Anda akan rasa ada benjolan pada payudara. Selalunya kita akan confius sebab kita bukan pakarkan, bila tekan-tekan kita rasa ada benjolan tapi tak tahu samada itu benjolan lemak, ataupun tulang ataupun kanser. Jadi , jika anda rasa ada ketulan , pergi terus ke klinik berhampiran untuk sahkannya .

Yakult


Yakult muncul pada tahun 1930 apabila Dr Minoru Shirota daripada Fakulti Perubatan, Kyoto University menemui sejenis bakteria yang baik untuk pencernaan, dinamakan 'Lactobacillus casei strain Shirota' (juga dikenali juga sebagai Shirota strain), yang merupakan bahan utama probiotik.

'Shirota strain' telah terbukti secara saintifik sebagai antara bakteria paling baik untuk pencernaan dalam sistem penghadaman manusia.

Setiap satu botol minuman Yakult mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria baik dan tiada pewarna, pengawet, bahan penyesuai makanan dan penstabil digunakan untuk menghasilkan minuman kultur ini.

Semua bahan-bahan (digunakan) adalah berkualiti tinggi dan dipilih dari seluruh dunia manakala induk 'Lactobacillus casei strain Shirota' diperoleh daripada ibu kultur di Jepun .


Yakult Dapat Cegah Kanser Payu Dara


Susu Kultur Yakult telah dicipta berasaskan 3 konsep iaitu pencegahan penyakit,  usus sihat membawa umur panjang dan kesihatan yang baik untuk seramai manusia yang mungkin.

Susu Kultur yakult ni mengandungi Lactobacillus Casei Shirota Strain hidup yang terbukti memberi faedah kepada kesihatan dan mampu hidup melalui asid yanh dihasilkan di dalam perut untuk sampai ke usus.

Kajian dibuat mendapati manfaat Lactobacillus Casei Shirota boleh mencegak kanser payudara di kalangan wanita jepun.

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara adalah datang haid awal, putus haid lewat, jumlah kehamilan yang kurang,  terapi penggantian hormon, faktor genetik, kegemukan selepas menopos, merokok, alkohol, pengambilan lemak yang tinggi.

Antara faktor yang boleh mengurangkan risiko pula adalah tempoh penyusuan anak yang panjang, senaman dan juga makanan berasaskan soya.

pencegahan kanser payudara melalui pengubahsuaian tabiat pemakanan. Fakus kepada Lactobacillus Casei Shirota sebagai strain probiotik dan makanan berasaskan soya.

Mungkin kita semua boleh cuba antara salah satu cara mencegah kanser payudara dengan ubah cara pemakanan. Minum Yakult setiap hari dan makan makanan berasaskan soya .

Resepi Mudah Smoothies


Anda boleh sahaja menghasilkan smoothies dengan mencampurkan air soya , oats dan juga yakult ke dalam pengisar . Selain itu , boleh juga gantikan oats dengan buah seperti buah naga , mangga dan buah lain yang anda suka seperti strawberi , pisang dan sebagainya .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan