loading...

Resepi Ringkas Stew Daging


Resepi Ringkas Stew Daging | Stew Daging merupakan masakan kegemaran orang barat , timur tengah dan juga Korea . Itu yang selalu saya nampak di tv . Bagi kita masyarakat Malaysia , kita dah biasa dengan sup daging . Apa yang membezakan sup daging dan stew daging adalah warna supnya yang merah . Nak tahu apa bahan yang menjadikan sup itu berwarna merah , jom kita tengok resepi daging masak stew di bawah .

Resepi Ringkas Stew Daging


STEW DAGING


Bahan-bahan :


1 kilo daging/tulang 
3 bawang holland sederhana besar * dadu halus
3 bawang putih *ketuk & cincang halus
4 tomato * dadu halus
3 daun bay
1 sudu teh parsley
1 1/2 sudu teh lada hitam *tumbuk halus
1/2 botol sos cili
1 kiub daging (optional)
garam
lada benggala/capsicum merah & hijau *hiris (belasah je lada merah hijau pon boleh)
1 lobak merah *dadu kecil
2 kentang *dadu kecil
2 sudu besar kacang peas (optional)
daun ketumbar *hiris

Cara-cara Membuatnya :

1- daging/tulang rebus dgn garam hingga empuk 

*kalau nk guna ayam, goreng separuh masak

2- tumis bawang hingga layu


3- masukkan tomato tumis hingga layu di tasik madu


4 -masukkan daging/tulang bersama air rebusannya


5- masuk lobak, kentang & kiub daging, masak hingga didih & empuk


6- 
masuk sos cili, lada hitam, daun bay, pasley & garam 
*sebelum masuk garam tu rasa dulu ye...karang masin Mak Jemah tak tahu ^_^




7- tambahlah kacang black eye peas kalau mau & capsicum

8- hias dengan daun ketumbar



Facebook : Nadea El Fatteh



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan