loading...

Resepi Ringkas Dalca Daging Dan Nasi Tomato



Resepi Ringkas Dalca Daging | Dalca adalah resepi masakan orang India . Dalca dihasilkan menggunakan kacang dal bersama rempah kari disamping  ayam / daging / tulang lembu . Sesuai dimakan dengan nasi tomato. 

Tahukah anda , dalca yang sedap bila
  • rempahnya masak. Rempah masak bila ianya berwarna merah tua dan minyaknya pecah (minyak naik keatas). 
  • Air tak perlu dimasukkan banyak sebab nanti daging mengeluarkan airnya sendiri. Tu yg power!! kalau kuahnya pekat gerenti sedap. 
  • ubi kentang perlu banyak sebab menambahkan perisa dan juga selera kita. kalau sewaktu masak. 
  • dalca anda berwarna kuning, jangan panik sebab nanti bila dah tutup api dalam 10 minit otomatik akan berwarna merah seperti dalam gambar. 

Resepi Ringkas Dalca Daging Dan Nasi Tomato

Resepi Dalca Daging


Dibawah ini adalah resepi dalca dan nasi tomato Dalca daging untuk panduan anda membuatnya sendiri di rumah .


1 kg daging 

bahan A


7 bawang merah
4 ulas bawang putih 
halia (dimayang halus) 

Bahan B


rempah 4 sekawan iaitu -kulit kayu manis 4 btg bunga lawang 4 kuntum buah pelaga 5 biji lada hitam 10 biji 

bahan C 


Rempah nya 4 jenis ( iaitu saya guna brand allagappas-sedap! REMPAH 4 jenis itu ialah: 

  • 2 bungkus kecil rempah ayam/daging 
  • 1 bungkus kecil rempah ikan 1/2 kecil rempah kurma 
  • 1 camca kecil rempah sup 
  • 2 camca cili kering mesin ( semuanya dibancuh sekali) 
  • minyak biasa 11/2 cawan (untuk tumisan) 
  • minyak sapi 2 camca (dimasukkan kedalam kuah bila kari dah masak) 
  • masukkan garam gula ajinomoto, secukup rasa anda


Sayuran


  • sayur- kacang panjang dipotong2 - 1 1/2 inci 
  • 4 biji tomato belah 2 ,
  • 1carrot dipotong 7 
  • 1 terung panjang dipotong 5-6 
  • cabai besar @ cili hijau 5 , 
  • ubi kentang 5 biji- setiap satu dipotong 2 

Cara-cara Membuatnya :


1- tumis bahan2 semua tu dengan minyak biasa dulu (11/2 cawan) 

2- tumis bahan A dah wangi semerbak- tumis B-

3- dah wangi- masukkan bahan c. kacau2. perlahankan api. agak lama sampai pecah minyak dan rempah bertukar ke warna merah.... 

4- pastu masukkan daging dan ubi kentang-agak dah mesra dengan rempah ( dalam 5-7 minit sentiasa kacau2 takut rempah hangit) 

5- masukkan santan cair. masukkan kacang panjang, carrot, terung sahaja sebab 3 jenis tu lambat empuk 

6- bila dah didih masukkan santan pekat. masukkan gula garam , ajinomoto/secukup rasa. pastu rasa lah apa yg kurang...tambahlah!!! 

7- biar ubi kentang dan daging empuk- baru masukkan tomato. dan minyak sapi tadi....agak tomato tu dah layu...tutup api...dan ditudung. dah siap dalca!!!

RESEPI NASI TOMATO 


Bahan-bahan :


  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit 
  • 1 camca besar pes tomato puree 
  • 1 biji tomato yg masak ranum (cincang) -jika ada 
  • 2 camca besar sos tomato 
  • 2 camca besar minyak sapi 
  • 1 biji bawang besar, hiris 4 ulas bawang putih, dicincang 
  • 2 inci halia dimayang 
  • 2 helai daun pandan, disimpul 
  • 4 1/2 cawan air 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 biji air limau nipis (jika suka) 
  • Garam secukup rasa 
  • rempah 4 sekawan 2 batang kayu manis 8 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 


BAHAN HIASAN :-) 

  • Hirisan daun bawang/daun sup 
  • Bawang goreng 
  • Kismis 
  • Kacang pis 


CARA MEMBUATNYA :-)


1- Panaskan minyak sapi dalam kuali 

2- tumis rempah 4 sekawan, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. 

3- Masukkan pes tomato,buah tomato cincang dan tomato sos, kacau rata dan 

4- masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit. nampak beras dah berkilat ok lah tu.. 

5- Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air, air limau nipis dan susu cair. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. 

6- Masak seperti biasa hingga nasi kering. 

7- Tabur kismis dan kacang pis . biar nasi betul2 masak. 

8- Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi. 

9- Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.


Facebook : Ida Shahida


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan