loading...

Resepi Ringkas Daging Masak Hitam


Resepi Ringkas Daging Masak Hitam | Ada pelbagai resepi daging yang menarik untuk anda cuba . Tak perlulah peningkan kepala nak masak apa daging korban yang baru diterima . Kalau sekilo tak jadi masalah . Tapi kalau dapat berkilo-kilo , dah tentu nak masak resepi yang berbeza supaya tak jemu menghadap reseki daging .


Resepi Ringkas Daging Masak Hitam


DAGING MASAK HITAM


Kali ini saya kongsikan resepi daging masak hitam . Mungkin ada yang tanya , hitam itu dari mana . Hitam di sini bukannya guna sos tiram atau sos lada hitam tapi sekadar menggunakan kicap pekat sebagai pewarna dan kicap cair sebagai perasa . Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya .

Bahan-bahannya:



  • 600 gram daging dihiris ikut suka 
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • sedikit halia , kulit kayu manis,  buah pelaga , bunga cengkih , bunga lawang 
  • air asam jawa secukupnya 
  • kicap pekat 
  • gula apong/manisan 
  • segenggam kismis - rendam, tumbuk lumat 
  • kicap masin secukup rasa 

Cara-caranya: 



1. Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang dicuci, ditoskan dan digoreng tanpa minyak. Tumbuk agak lumat. 

2. Kisar bahan-bahan tumbuk ini bersama cili kering, bawang merah, bawang putih, halia bersama-sama air asam jawa hingga hancur. 

3. Gaulkan hirisan daging bersama gula apong dan kicap pekat. Perap seketika. 

4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan kacau sebati. 

5. Tambahkan sedikit air air dan kicap masin secukupnya. Masak hingga daging empuk dan kuah memekat. 

6. Masukkan kismis yang ditumbuk tadi dan gaul sebati. Biarkan seketika di atas api dengan dikacau sekali sekala. 

7. Sedia dimakan bersama nasi impit, ketupat, nasi putih atau nasi minyak .


Facebook : Nadea El Fatteh


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan