loading...

Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah



Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah | Hari ini tentu sudah ramai yang menerima daging korban . Tengah hari atau petang nanti , tentu korang nak masak daging kan . Tak perlu pening kepala , jom cuba Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah yang mudah lagi ringkas ni tapi sedap .


Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah

Bahan-bahan :


1 kilo daging( sebaiknya batang pinang)
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan(jika ada)
Gula 2 sudu
Sedikit serbuk perasa
Kicap 1/2- 3/4 cawan
Air asam jawa pekat 1/2 cawan


Cara-cara Membuatnya :


1- Daging dipotong nipis 1/2 inci tapi besar besar supaya nanti bila goreng ianya akan mudah masak dibahagian dalamnya. Cuci bersih. Sejat airnya.

2- Masukkan ke dalam bekas dan satukan kesemua bahan-bahan diatas ke dalam mangkuk daging tadi. kacau dan sebatikan dengan daging.

3- Simpan dalam bekas kedap udara dan perapkan dalam peti ais sekurang kurangnya 2-3 jam atau semalaman lagi sedap.

4- Pastu digoreng macam biasa tetapi sekali goreng 5-6 ketul sahaja. dah balik balikkan supaya masak sekata.

5- Bila nak hidang , masukkan bawang besar dan bawang merah yang telah digoreng bersama cili padi. Bawang besar dan bawang merah digoreng berasingan. Tabur atas daging. Seeeeeeedap sangat! 


Tips :


Sebelum nak diperap daging tu lebih baik dirasa sedikit supaya sempurna rasanya.


Facebook : Ida Shahida


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan