loading...

Hukum Gugurkan Kandungan Kerana Penyakit


Hukum Gugurkan Kandungan Kerana Penyakit | Penyakit Zika yang sedang merebak di Singapura telah mula menular ke Malaysia . Di Sabah sudah berlaku satu kematian disebabkan penyakit Zika walaupun mangsanya adalah lelaki . Di Lembah Kelang pula , sudah terdapat seorang pesakit yang disahkan mengidap Zika .

Zika merupakan penyakit yang disebarkan melaui virus yang boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat dan juga mati . Demam Zika yang bermula di Brazil itu telah menyebabkan ramai ibu hamil di serata dunia menjadi panik . 


Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan pandangan mufti tersebut bagi mencapai kata sepakat berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu dijangkiti virus Zika.

Hukum Gugurkan Kandungan Kerana Penyakit


Baru-baru ini kecoh tentang Hukum Gugurkan Kandungan Kerana Penyakit Zika . Ada mufti yang membolehkah pengguguran itu dilakukan sebagai mana kenyataan dua orang mufti di bawah .

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakan menggugurkan janin boleh diambil jika janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Pandangan itu turut dipersetujui Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad yang berpendapat pengguguran janin adalah harus jika risikonya disahkan oleh pakar perubatan dan dengan persetujuan ibu dan bapa.

Pun begitu , pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berbeza . Beliau berkata perkara itu harus dibincangkan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri-negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terlebih dahulu sebelum difatwakan.

Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan pandangan mufti tersebut bagi mencapai kata sepakat berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu dijangkiti virus Zika.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan