Featured
loading...

Resepi Ringkas Jejari Bawang Rangup


Resepi Ringkas Jejari Bawang Rangup | Bawang memiliki rasa yang manis dan agak berjus . Bila dimakan akan rasa kerangupannya bila di kunyah . Walaupaun ada yang tak suka makan bawang kerana baunya yang agak kuat , bawang tetap menjadi penyedap dalam salad .


Resepi Ringkas Ramadhan - Jejari Bawang Rangup


Resepi Ringkas Jejari Bawang Rangup


Untuk hidangan ringan ketika beriftar , apa kata anda cuba resepi ringkas jejari bawang rangup . Cara membuatnya mudah dan cepat disiapkan . Ikut saja langkah di bawah untuk membuat jejari bawang rangup .


Resepi Ringkas Ramadhan - Jejari Bawang Rangup


Resepi Ringkas Ramadhan - Jejari Bawang Rangup


Resepi Ringkas Ramadhan - Jejari Bawang Rangup



Kalau ada teman - teman yang suka makan crispy onion ni , moh la try . Macam sedap jer kan . Mudah ... sangat mudah .Cuma bawang kat imej atas ni boleh tahan besaw nya kan .


Selamat mencuba !

Cara Jadikan Anak Bijak


Cara Jadikan Anak Bijak | Setiap ibu bapa mahukan anak mereka bijak . Bukan sekadar anak yang bijak tetapi juga menjadi anak yang soleh / solehah . Untuk memperolehi anak yang bijak , ibu bapa perlulah bermula dari awal pendidikan iaitu bermula di rumah . 


Cara Jadikan Anak Bijak


Cara Jadikan Anak Bijak


Sebenarnya ada cara jadikan anak anda bijak . Memang ada anak yang bijak semula jadi tetapi anak yang soleh dan solehah itu pula perlu anda ajar dan pupuk dari awal supaya imannya lebih teguh bila berhadapan dengan dunia luar . Berikut adalah cara jadikan anak bijak yang anda boleh jadikan panduan . 

Untuk dapatkan anak yang soleh / solehah , pembaca perlulah

  • Sapukan lebihan air wuduk pada muka dan ubun - ubun anak anda .
  • Disiplinkan diri supaya menjadi contoh dalam melakukan ibadah kepada Allah .
  • Ajak anak - anak mengaji al - Quran selepas solat ( terutama malam) . Malangnya di zaman sekarang ramai yang tenderkan bab ni ... Chinta sarankan agar ibu bapa peruntukkan sedikit masa , tak kira walau penat / sibuk camna pun , ajar sendiri anak - anak mengaji al - Quran . Kerana itu akan jadi ilmu yang bermanfaat yang pembaca tinggalkan kepada mereka bila sudah meninggal dunia nanti .
  • Berbakti kepada orang tua , kerana anak -anak akan mengikut apa yang kita buat . Jadi , berilah contoh yang baik agar ibu bapa akan mendapat pulangan yang baik juga .
  • Doakan mereka . Doanya : 
" Tuhan kami , kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata , dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa . " dan " Tuhanku , jadikanlah aku dan zuriatku sebagai orang yang sentiasa mendirikan solat . "

Amalkan Membaca Surah


Untuk memudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak - anak mengamalkan bacaan: 

  • Surah Al - Fatihah ( pembuka segala urusan )


  • Surah al - Insyirah ayat 1 - 8 ( Alam Nasyrah ) dalam solat subuh .


  • surah al - Alaq ( Iqra' ) dalam solat subuh .



  • Hafal serta amalkan ayat surah An Nur ayat 24 - 35 untuk terangkan hati .


Amalkan berzikir


  • Selawat atas nabi 11x ketika nak ke sekolah .



Amalkan Doa


  • Doa tambah ilmu dan kefahaman .

"Wahai tuhan yang memberi petunjuk, tunjuki aku "

  • Doa ketika kegelapan fikiran ( mental block ) 



Posted Image


  • Baca surah yassin selepas solat subuh kalau tak rajin nak baca segala doa / surah kat atas ni .



By Chinta .



Rekaan Menarik Air Pancut


Rekaan Menarik Air Pancut | Hiasan laman kurang menarik kalau cuma ada deretan pokok bunga sahaja . Kalau anda ada bajet lebih , sudah tentu anda akan letakkan sekali air pancut di sudut halaman anda . Kemudian bolehlah letak seekor dua ikan di dalamnya bersama pokok hiasan air .


Air Pancut Hiasan Laman

Air Pancut

Air merupkan elemen yang memberi kesan menyejukkan sekiranya ada di dalam rumah anda . Selain itu , bunyi air juga boleh mendatangkan kedamaian di dalam jiwa kepada yang mendengarnya  . Pun begitu , rekaan air pancut yang menarik perlukan penjagaan yang rapi . Jangan pula nanti menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes pula . 

Rekaan Menarik Air Pancut 


Berikut ada beberapa rekaan menarik air pancut untuk halaman rumah anda . Kalau anda tidak dapat menghasilkan rekaan menarik air pancut sama seperti gambar - gambar di bawah , sekurang - kurangnya dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mereka air pancut yang menarik mengikut kesesuaian besar ruang halaman dan juga bajet yang anda peruntukkan .


Air Pancut Hiasan Laman


Air Pancut Hiasan Laman


Air Pancut Hiasan Laman


Air Pancut Hiasan Laman


Air Pancut Hiasan Laman



Hiasan Bilik Hello Kitty


Hiasan Bilik Hello Kitty | Bilik tidur merupakan tempat paling aman , paling indah dan bahagia untuk kita . Sebab itu wujud istilah bilikku syurgaku . Justeru itu , ada sesetengah orang sanggup berhabis duit untuk mengindahkan bilik tidurnya .


Hiasan Bilik Hello Kitty


Hello Kitty


Hello Kitty adalah watak kartun yang disukai bukan sahaja kanak - kanak , remaja malah orang dewasa juga . Warna merah jamu sebagai tema hello kitty menjadikannya lebih menarik bila di pandang . Bukan setakat menjadi hiasan pada bilik tidur , kerektor hello kitty juga menjadi hiasan pada motor , kereta , beg serta lainnya .


Hiasan Bilik Hello Kitty

Hiasan Bilik Hello Kitty


Banyak material hello kitty yang anda boleh dapatkan di pasaran untuk dijadikan hiasan bilik tidur malah di ruang tamu juga . Selain itu , anda boleh reka sendiri hiasan dalaman bilik tidur anak anda menggunakan konsep hello kitty . Berikut adalah antara contoh yang anda boleh rujuk .


Hiasan Bilik Hello Kitty


Hiasan Bilik Hello Kitty

Hiasan Bilik Hello Kitty


Hiasan Bilik Hello Kitty


Hiasan Bilik Hello Kitty

Cara Pakai Eyeliner


Cara Pakai Eyeliner | Pemakaian eyeliner bertujuan supaya mata yang sepet jadi bulat . Mata yang bundar pula akan nampak lebih garang dan tajam . Tapi tahukah anda cara nak pakai eyeliner dengan cara yang betul ?


Cara Pakai Eyeliner

Cara Pakai Eyeliner


Nak pakai eyeliner ni taklah susah bagi yang sudah biasa . Bagi yang tak pernah lakukannya , percubaan pertama mungkin akan nampak kurang kemas dan menarik . Berikut , ada cara pakai eyeliner yang betul . Anda cuma perlu ikut langkah - langkah pakai eyeliner yang diajarkan .


Cara Pakai Eyeliner


Resepi Ringkas Muffins Berlauk


Resepi Ringkas Muffins Berlauk | Bila berada dirumah ketika cuti , para ibu akan mencari resepi yang mudah untuk hidangan santai ala kudap kudapan untuk dimakan bersama keluarga sambil menonton rancangan kegemaran anda di kaca tv . Jadinya , hari ini Chinta belanja anda semua resepi mudah membuat muffin bersama sayuran dan makanan .



Resepi Ringkas Muffins Berlauk


Resepi Ringkas Muffins Berlauk


Lihat sahaja gambar di bawah , anda sudah dapat membayangkan apa yang anda boleh lakukan untuk menghasilkan muffin telur itu . Muffin ini tidak menggunakan adunan seperti adunan kek sebaliknya hanya menggunakan telur . Anda juga boleh mengubah bahan campuran mengikut kehendak anda dan anak - anak anda juga . 


Resepi Ringkas Muffins Berlauk

1 - Masukkan sayuran , bijirin , daging dan keju yang anda gemari dan telah di potong dadu .


Resepi Ringkas Muffins Berlauk

2- Tuangkan telur yang sudah dipukul bersama sedikit garam .


Resepi Ringkas Muffins Berlauk

3- Bakar dalam oven selama 10 minit mengikut suhu oven masing - masing .


Resepi Ringkas Spaghetti Cupcakes


Resepi Ringkas Spaghetti Cupcakes | Ramai antara anda peminat kepada hidangan makanan barat . Tak kiralah lasagna ke spagetti ke , roti juga kentang . Mungkin sebab penyediaan hidangan itu mudah dan ringkas . Maklumlah , bila hari cuti ni , kita tantu nak habiskan banyak masa dengan keluarga kan . Tak kan nak dok memanjang kat dapur .


Resepi Ringkas Ramadhan - Spaghetti Cupcakes


Resepi Ringkas Spaghetti Cupcakes


Entri hidangan mudah untuk sekeluarga di hujung minggu , Chinta kongsikan resepi ringkas spaghetti cupcakes untuk anda mencuba dan makan bersama keluarga tercinta . Lasagna ke spagetti ke , ramai antara anda dah biasa buat tapi mungkin resepi ini anda belum mencubanya .

Bahan - bahan 


Untuk menghasilkan spaghetti cupcakes ni , anda perlukan spaghetti , hirisan daging, sosej, sos tomato, butter, telur, keju parmesan , mozarella dan ricotta . Chinta tak pasti sama ada kesemua keju tu ada di Malaysia .

Cara Membuat


Langkah yang perlu anda ambil untuk menghasilkan spaghetti cupcakes ini , anda hanya perlu memasak spaghetti seperti biasa . Selepas itu , anda masukkan kedalam tray acuan cupcakes . Langkah terakhir adalah , taburkan sahaja segala keju diatasnya sebelum di bakar dalam oven . Agak - agak keju cair , keluarkanlah dari oven .


Hidangan ini sesuai untuk anda yang berhajat untuk mengadakan parti ringkas seperti sambutan hari jadi . Boleh juga dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga anda . 



Pasangan Jarak Jauh


Pasangan Jarak Jauh | Ramai dikalangan pasanan suami isteri terpaksa berjauhan demi tututan tugas . Bukan mudah sebenarnya untuk melaluinya . Segalanya perlu dilakukan sendirian . Oleh it , pasangan jarak jauh perlu tabah dan sabar . Anggaplah sahaja jarak itu adalah penghubung kasih sayang sama ada dengan pasangan juga anak - anak .


Pasangan Jarak Jauh



Dalam perkahwinan , anda punya tanggungjawab terhadap pasangan juga anak - anak . Atas asbab itu , Islam memberikan tempoh tertentu untuk pasangan jarak jauh ini berjauhan .

Daripada Yazid bin Aslam , beliau menceritakan : Ketika Amirulmukminin , Umar bin al - Khattab r.a. berjalan meninjau keadaan Madinah , beliau melintasi sebuah rumah seorang wanita . Beliau mendengar wanita itu bersyair :
" Panjangnya malam ini , hitam kelam persekitarannya , aku tidak dapat melelapkan mata dan tiada teman bergurau senda . Demi Allah , andainya bukan kerana takut kepada Allah dan perasaan malu , katil ini pasti beroncang di segenap penjurunya . "

Tempoh Ditinggalkan


Umar r.a. bertanya tentang keadaan wanita itu . Beliau diberitah bahawa suaminya pergi berjuang di jalan Allah . Lantas Umar menghantar seorang perempuan ke rumahnya untuk menemaninya dan mengarahkan agar suaminya segera dihantar pulang .

Kemudian Umar r.a. menemui puterinya , Hafsah r.a. dan bertanya ;
" Wahai puteriku , berapa lamakah seorang wanita boleh bersabar  ditinggalkan suaminya . "

Hafsah menjawab : " Maha suci Allah ! Orang seperti ayah bertanya kepada orang sepertiku tentang hal sebegini ? "

Umar r.a. menjelaskan ; " Kalaulah tidak kerana aku ingin menjaga kepentingan orang Islam , aku tidak akan bertanya soalan itu . "

Maka Hafsah r.a. berkata ; " Lima bulan , enam bulan . "

Maka Umar r.a. menetapkan tempoh seseorang mujahid pergi ke medan perang selama enam bulan . Satu bulan perjalanan pergi , satu bulan perjalanan pulang dan empat bulan di medan perang .

Justeru itu , tempoh sesuai pasangan jarak jauh adalah selama enam bulan sekurang - kurangnya . Jika tempoh jarak jauh lebih dari ebam bulan , ia dikhuatiri akan menyumbang kepada maksiat atau pasangan berlaku curang .

Kebaikan Isteri Redha


Sekiranya isteri redha dan boleh menerima pemergian suaminya lebih daripada enam bulan dan dia pula berada dalam keadaan selamat , keperluan hidupnya mencukupi , maka biarlah si suami itu meneruskan kerjanya di perantauan .

Kewajipan isteri pula menjaga maruah diri , harta suami serta anak - anak dengan jujur dan amanah sebagaimana dinyatakan di dalam ayat :
" Maka perempuan - perempuan yang soleh itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya ) , dan juga memelihara ( kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ) ketika suami tidak hadir bersama , dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan Nya ... "
( An Nisa' 4:34 )

Saling Memahami


Untuk mengekalkan ikatan perkahwinan , sama ada suami atau isteri  anda perlu saling  redha dan memahami . Pada masa yang sama , anda perlu tahu bahawa anda ada kewajiban untuk memenuhi tuntutan zahir dan batin pasangan anda . Maka sebab itulah , Islam memberikan tempoh tertentu supaya kasih sayang itu tidak terabai dan pasangan serta anak anda mendapat hak mereka .



Jenis Solekan Mata


Jenis Solekan Mata | Mata adalah daya penarik utama selain dari wajah yang mulus dan bibir yang lembab menawan . Solekan pada mata akan jadikan wajah anda lebih kelihatan menarik dan menawan .



Jenis Solekan Mata 


Banyak jenis dan teknik solekan mata yang anda boleh gunakan untuk kelihatan lebih menyerlah sebagai pengantin . Berikut adalah contoh solekan mata yang anda boleh jadikan panduan dan cuba menggayakannya .













Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat |  Chinta sebenarnya tak tahu apa istilah atau nama sebenar bagi katil bertiang empat penjuru ni . Jadinya , Chinta namakannya sebagi katil bertiang empat . Katil ini adalah katil impian Chinta untuk tempat Chinta beradu sebagai raja sehari jika diizinkan . Zaman dulu , katil jenis ini banyak digunakan sebab pengaruh victoria .


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat

Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat


Katil bertiang empat perlukan banyak accessories untuk menghiasnya . Kalau kombinasi sesuai dengan tema , katil bertiang empat ini kelihatan lebih romantik berbanding katil biasa . Katil empat tiang ini akan jadi lebih menarik jika terdapat hiasan lampu - lampu kecil dan juga elemen bunga diatasnya .


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat


Hiasan Katil Pengantin Bertiang Empat




Penggayaan Langsir Terkini


Penggayaan Langsir Terkini | Langsir adalah daya penarik serta penyeri di dalam rumah kita . Walau apa pun warna dan jenis materialnya , pemilihan langsir mestilah bertepatan dengan tema dan warna serta dekorasi di ruang tamu rumah anda .


Penggayaan Langsir Terkini


Anda dah jemu dengan gaya langsir anda ? Asyik melihat cara penggayaan langsir yang sama ? Anda mahu penggayaan langsir yang lebih menarik di ruang tamu rumah anda ? Mungkin imej penggayaan langsir terkini di bawah dapat membantu anda mencari inspirasi penggayaan langsir di rumah anda .


Penggayaan Langsir Terkini


Penggayaan Langsir Terkini


Penggayaan Langsir Terkini


Penggayaan Langsir Terkini


Bahaya Steroid Pada Wanita


Bahaya Steroid Pada Wanita |  Steroid merupakan sejenis dadah yang banyak terdapat pada bahan kosmetik , makanan tambahan , pills serta ubat - ubatan tradisional . Pihak yang tak bertanggungjawab ini memasukkan steroid dalam produk mereka dengan tujuan untuk memberikan kesan penggunaan yang cepat .




Bahaya Steroid Pada Wanita


Steroid


Steroid merupakan merupakan racun tetapi boleh mengambilnya dengan nasihat doktor . Steroid terbahagi kepada dua iaitu steroid anabolik dan steroid kortikosteroid .

Di zaman ini , steroid anabolik seperti testosterone digunakan dalam membina otot terutama kepada pesakit AIDS yang mengalami pengecutan otot .

Manakala steroid kortikosteroid pula digunakan sebagai antiradang untuk mengurangkan pembekakkan selain untuk membantutkan tindakan imun badan yang terlampau aktif .  Pesakit asma dan arhtritis adalah penggunanya . Steroid kortikosteroid juga digunakan dalam rawatan lupus ( keradang kronik ) , ekzema , psoriasis dan alergik serta diberikan kepada pesakit yang menerima organ transplan .

Kesan Sampingan 


Penggunaan steroid akan memberi kesan sampingan . Kesan sampingan penggunaan steroid sangat banyak . Kesan steroid dapat dilihat dalam jangka pendek juga jangka panjang .

Kesan Jangka Pendek


  • pertambahan berat badan yang mendadak
  • muka akan menjadi sembab ( moon face )
  • kehilangan rambut hingga boleh jadi botak ( lelaki )
  • muka berjerawat dan kulit muka jadi tipis
  • merasa pening dan mual
  • berpotensi mendapat ulser pada perut dan usus
  • mampu merosakkan buah pinggang
  • terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi

Kesan Jangka Panjang

  • mengakibatkan tulang rapuh
  • menghalang tumbesaran terhadap kanak - kanak
  • mengakibatkan katarak jika menggunakan steroid pada mata

Bahaya Steroid Pada Wanita


Steroid menjadi bahaya kepada wanita apabila disuntik pada ayam dengan tujuan untuk menambah hormon . Selalunya steroid ini akan di suntik pada bahagian bawah kepak ayam atau leher  ayam . Bagaimana steroid dibawah kepak ayam ini menjadi ancaman kepada wanita ?


Pertumbuhan Cyst


Kepada para wanita yang gemar memakan kepak ayam , perlu diketahui bahawa kekerapan memakan kepak ayam selama bertahun - tahun akan memberi kesan sampingan iaitu akan mujud pertumbuhan cyst dalaman .

Kisah Benar, Seorang rakan wanita mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau. Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makanannya. 

Mencegah 


Jangan terlalu taksub kepada kemujaraban ubat - ubatan juga kosmetik di pasaran . Pastikan produk yang anda gunakan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia . Mencegah itu lebih baik dari mengubat yang belum tentu anda mampu hendak membayar kosnya .




Resepi Ringkas Sosej Bersalut Jagung


Resepi Ringkas Sosej Bersalut Jagung | Ramai antara anak - anak anda meminati sosej . Malah makanan segera ini menjadi pilihan untuk picnic , bbq juga bekal anak anda ke sekolah . Selain dijadikan bahan campuran dalam nasi goreng , sosej juga dimakan bersama roti serta pelbagai lagi . Sosej juga dapat menghasilkan resepi lainnya . Hari cuti ini Chinta nak kongsikan makanan yang mudah disediakan dan boleh menjadi kudapan kepada anda sekeluarga dengan menggunakan sosej .


Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung


Resepi Ringkas Sosej Bersalut Jagung


Tentu ramai yang berminat dengan sosej bersalut jagung ini kan ? Atas sebab itulah Chinta kongsikan bersama anda di sini . Berikut adalah langkah - langkah yang anda perlu lakukan untuk menghasilkan sosej bersalut jagung .

Sediakan Adunan Sosej Bersalut Jagung


Untuk menghasilkan sosej bersalut jagung , anda perlu sediakan adunan terlebih dahulu . Adunan ini terdiri daripada ;

Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung


Ambil mangkuk , masukkan cornmeal / jagung kisar , tepung serba guna , gula , serbuk penaik dan garam . Kacau bersama-sama. Kemudian masukkan telur , buttermilk / susu segar , minyak dan madu . Kacau sehingga sebati . ( Adunan perlu lebih pekat daripada adunan lempeng ) .

Selepas adunan selesai disediakan , anda hanya perlu ikut langakah seterusnya seperti dibawah . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung



Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung



Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung



Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung



Resepi Ringkas Ramadhan - Sosej Bersalut Jagung



Maka terhasillah sosej bersalut jagung yang enak lagi menyelerakan anda sekeluarga . Cubalah resepi yang mudah ini . Anda pasti akan sukakannya .

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan